[PREVIU] OnePlus 6, apa yang hebat sangat dengan RAM 8GB?

Share Button

Oleh Faiz Zainal

Menggunakan OnePlus 6, previu awal Faiz yang boleh dikongsi setakat ini tentang prestasi dan kelajuan.

Diakui, Faiz berpuas hati dengan OnePlus 6 namun perlu diingatkan, ia fon dengan RAM 8GB. Segala jenis game Faiz ‘download’ dan cuba main.

Ternyata memuaskan jika dilihat daripada aspek harganya yang berbaloi atau affordable berbanding fon ‘flagship’ lain.

Antara yang menarik perhatian Faiz, ‘gesture bar’. Sekurangnya, dapat juga merasa pengalaman mengguna iPhone X dengan harga yang murah.

Ia bukan pasal iPhone saja tapi OnePlus 6 memudahkan Faiz yang tidak berapa ‘navigation bar’ secara peribadi kerana ia mengganggu pandangan di paparan skrin.

OnePlus 6 — Pengalaman ‘hard use’ selama 2 hari:

1. Speaker masih kurang memuaskan (no stereo)

2. Kepuasan main game tahap maksimum

3. Panas yang agak melampau berbanding 5T

4. Bukanlah fon yang fokus pada kamera

5. Kepuasan tonton video kerana skrin yang besar

6. Kelajuan bertukar apps yang memuaskan

7. Ketahanan bateri yang memuaskan

8. Kelajuan Dash Charge yang memudahkan

9. Face unlock dan fingerprint yang laju. Korang mungkin perlu aktifkan ‘Face Unlock Assisitive Lighting’ kalau dalam situasi yang sangat gelap dan brightness yang rendah.

Nota tambahan – pagi tadi sebelum mandi bateri yang sedang Faiz cas 2% namun selepas bersiap pakai baju seluar, Faiz terus tengok fon. ‘Amazing’nya dah sampai 80% dalam masa kurang dari 50 minit.

Faiz akui ketahanan bateri dia tidaklah sebagus Razer Phone dan Huawei P20 Pro yang mempunyai kapasiti 4000mAh tapi cukup tahan main PUBG 1 game + tonton YouTube + Twitter + Facebook masa bateri tinggal separuh malam tadi dan sebelum tidur, masih berbaki 10%.

Apa komen anda?