Maxis, AirAsia taja Piala Dunia di RTM – Gobind

Share Button

Maxis dan AirAsia menjadi dua penaja utama siaran langsung Piala Dunia 2018.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mendedahkan kedua-duanya bersetuju menaja siaran langsung untuk disiarkan di RTM.

Maxis menjadi berbelanja sebanyak RM18 juta manakala AirAsia pula RM12 juta melengkapkan penajaan dan kos berjumlah RM30 juta.

Sebanyak 41 daripada keseluruhan 64 perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia akan disiarkan di RTM.

Selain itu, Gobind berkata masih ada lagi pihak akan tampil menaja dan ia dikira keuntungan kepada TV kerajaan.

Apa komen anda?