Laman web .com.my dan .gov.my rosak!

Share Button

Puluhan laman web yang mempunyai alamat domain .com.my dan .gov.my mengalami gangguan sejak pagi tadi.

Salah satu laman yang terjejas dan enggan dikenali mengakui mereka mengalami masalah itu pada waktu pagi: 

“Hari ini, sesetengah pengguna mengalami gangguan sementara ketika mengakses laman ini. Kami meminta maaf atas sebarang masalah yang timbul.”

“Tambahan pula masa raya ini.”

Malah, alat mudah alih juga tidak terkecuali apabila sesetengah pengguna laman tersebut di peralatan iOS dan Android dilaporkan turut terjejas oleh gangguan itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru, Gobind Singh Deo sudah maklum dengan masalah ini.

“Kita dah sedia maklum dan saya sudah  mengarahkan MYNIC dan SKMM untuk siasat segera.” Kata Gobind.

Apa komen anda?