Huawei Nova 2 Lite warna pink memang cantik

Share Button

Warna merah jambu menawan kini boleh disambar dengan Huawei Nova 2 Lite.

Sudahlah cantik, harganya pun murah. Kira-kira RM754 tanpa GST. Pengguna yang membelinya pada minggu ini akan memperoleh speaker klasik.

Huawei Nova 2 Lite mempunyai paparan penuh berdimensi tinggi (HD) 5.99 inci jenis FullView dan sistem dwikamera.

Bayangkan dengan harga itu, anda boleh strim video pada nisbah skrin 18:9 skrin 5.99 inci pada telefon bersaiz 5.5 inci saja.

Takut ‘lag’? Operasi telefon bersama RAM 3GB dengan ROM 32GB.

Rekaannya juga cantik di mata pengguna sama seperti dutanya, Hannah Delisha.

Set dwikamera belakang 13 megapiksel + 2 megapiksel manakala kamera satu kamera depan 8 megapiksel.

Apa komen anda?