Harga Internet sah murah hujung tahun

Share Button

Harga jalur lebar di negara ini dianggarkan turun menjelang akhir 2018.

Ia disahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yang berkata, penurunan akan dibuat sekurang-kurangnya 25% melalui pelaksanaan Harga Akses Standard Mandatori (MSAP) yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 8 Jun tahun ini.

Misalnya, pakej Unifi RM150 akan berkurang kepada RM112.50.

“Pihak tersebut kini sedang mengadakan perbincangan komersil untuk memuktamadkan harga runcit,” kata Gobind.

Pelarasan harga akan siap pada Julai atau Ogos dan selepas itu, harga pakej jalur lebar baru yang lebih rendah dijangka akan diberikan kepada pengguna.

“Sebelum ini, ia cuba dilakukan tapi semakan semula harga tidak berlaku kerana Telekom Malaysia (TM) memohon kepada SKMM untuk mempertimbangkan harga.

Gobind berkata, semakan semula harga akan membawa kepada pengurangan harga runcit jalur lebar yang perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan

“Saya telah mengumumkan kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengiktiraf akses internet sebagai hak asasi manusia di Malaysia kerana perkhidmatan jalur lebar adalah penting untuk transformasi negara kita menjadi ekonomi digital dan untuk memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada maklumat,” katanya.

Gobind juga menyasarkan untuk mempercepatkan kelajuan jalur lebar seperti negara jiran.

Apa komen anda?