Digi bermasalah?

Digi, syarikat telco khabarnya mengalami gangguan sistem rangkaiannya sekejap awal petang yang mengundang masalah kepada pelanggannya.

Bagaimanapun, masalah tersebut sudah diatasi menurut semakan TheSkop dengan khidmat pelanggan.

Mengikut sumber yang memaklumkan kepada TheSkop.com, masalah dihadapi bermula pada 2 petang tadi dan kemudiannya sistem yang tergendala mengakibatkan beberapa gangguan apabila ia dibaikpulih sepenuhnya selepas itu.

Masalah itu bagaimanapun hanya masalah terpencil dan pelanggan Digi kini tidak mempunyai isu untuk menggunakan khidmat sebelum tengahari tadi.

Pelanggan Digi mengadu kepada TheSkop.com tentang masalah rangkaian yang menyebabkan fon masing-masing tidak mempunyai akses kepada internet.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: