Digi anjur Futsal di 14 gelanggang, tawar hadiah terbesar di Malaysia

Share Button

Digi Telecommunications Sdn Bhd menganjurkan kejohanan futsal terbesar di Malaysi la yang akan diadakan di 14 gelanggang futsal di seluruh negara bermula Julai ini dan akan berakhir dengan pusingan akhir di bulan November dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM150,000 tunai.

Selain Digi, turut menganjurkan termasuklah jenama telefon pintar global Vivo dan syarikat insurans hayat Great Eastern Life Assurance bersama pengeluar minuman halal Etika, jenama sukan terkenal PUMA dan rangkaian media Astro Radio.

Digi menjemput warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 30 tahun untuk mengambil bahagian dalam kejohanan Raja Futsal yang telah dilancarkan hari ini dan merebut peluang untuk memenangi wang tunai sebanyak RM100,000, hadiah utama yang terbesar pernah ditawarkan dalam pertandingan futsal di Malaysia setakat ini.

 

Memanfaatkan kemeriahan musim bola sepak antarabangsa yang sedang berlangsung kini, kejohanan Raja Futsal Digi akan menggalakkan para peminat futsal untuk berubah dari hanya melepak di sofa ke gelanggang futsal dan beraksi di pusingan kelayakan negeri yang akan diadakan di seluruh negara dari Julai hingga Oktober, sebelum berakhir dengan acara kemuncaknya iaitu Pusingan Akhir yang akan diadakan di Lembah Klang pada November ini.

 

Dalam masa 4 bulan ini, 64 pasukan dari setiap 13 negeri dan Wilayah Persekutuan akan berentap di pusingan kelayakan peringkat negeri di mana empat pasukan terbaik akan menerima hadiah wang tunai beserta pingat dan hadiah. Dua kumpulan terbaik dari setiap negeri pula akan mara ke Pusingan Akhir di mana pertaruhannya lebih tinggi. Empat pasukan terbaik di Pusingan Akhir akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, RM20,000 dan RM2,500 (2 pasukan untuk tempat ke-3), beserta pingat dan hadiah.

 

Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran Digi berkata, “Sebagai penyedia perkhidmatan digital dengan jumlah pelanggan yang terbesar di Malaysia, adalah penting bagi Digi untuk terus berhubung dan kekal relevan kepada para pelanggan kami. Seperti yang kita sedia maklum, sukan mampu menyatukan rakyat Malaysia dan kami telah memilih futsal yang merupakan salah satu daripada cabang sukan yang sememangnya terkenal di kalangan remaja dan orang dewasa di Malaysia, sebagai satu platform untuk terus bersama para pelanggan kami. Kejohanan ini turut memberi peluang kepada mereka untuk  mempamerkan kemahiran di samping berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang hebat.”

 

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan penganjur yang komited untuk menjayakan kejohanan Raja Futsal yang pertama ini. Kejohanan ini merupakan contoh yang terbaik bagaimana Digi bekerjasama dengan industri-industri lain untuk kekal relevan kepada para pelanggan dan terus menghubungkan mereka kepada sesuatu yang bermakna bagi mereka,” tambah beliau.

 

Pusingan Akhir Raja Futsal akan berlangsung dalam acara seakan karnival dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan tanpa henti untuk orang ramai.

 

 

Apa komen anda?