App wajib ada ketika melancong, dapat ratusan diskaun

Share Button

Mahu mengembara dan menikmati pelbagai diskaun di negara lain? Tiba masanya anda memuat turun aplikasi Klook.

Klook menjadi satu-satunya platform yang diperlukan pelancong Malaysia untuk meneroka, merancang dan menempah aktiviti serta menikmati pelbagai pengalaman, bukan sahaja di destinasi luar negara tetapi juga di seluruh Malaysia.

Diasaskan di Hong Kong pada 2014, Klook telah mula beroperasi di Malaysia sejak November tahun lalu, membuktikan komitmennya dalam menawarkan satu platform yang telus dan mudah digunakan bagi memenuhi keperluan pengembara ‘Free & Independent’ (FIT) Malaysia.

Dalam masa hanya beberapa saat, pengguna boleh mendapat akses kepada lebih 40,000 pilihan tempahan aktiviti serta perkhidmatan daripada lebih 200 destinasi di seluruh dunia.

Aktiviti yang dimaksudkan termasuklah acara tarikan & pertunjukan, aktiviti & pengalaman, lawatan & melancong makan angin, makanan & restoran, serta logistik pengangkutan tempatan dan sambungan wi-fi. Klook menyediakan platform semua-dalam-satu untuk para pelancong membuat tempahan dan menerokai aktiviti-aktiviti menarik.

Klook turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi untuk menggalakkan pelancong menerokai semua aktiviti yang ditawarkan oleh sesebuah destinasi; samada tarikan pelancong yang utama seperti Eiffel Tower di Paris; snek yang wajib dicuba seperti wafel telur di Hong Kong; mahupun aktiviti mesra keluarga seperti lawatan ke Universal Studios Jepun dan bersarapan sambil ditemani oleh hidupan liar di Zoo Singapura.

Pelancong juga boleh menikmati pelbagai keistimewaan serta akses eksklusif hanya dengan membuat tempahan melalui Klook: tempahan pada hari yang sama dan pengesahan pembelian serta-merta, baucar di telefon mudah alih sebagai e-tiket dan akses pantas tanpa perlu beratur supaya pelancong boleh meluangkan lebih banyak masa menikmati aktiviti-aktiviti yang disediakan

Klook turut mendedahkan bahawa lebih 60% daripada rakyat Malaysia membuat tempahan melalui aplikasi mudah alih pada telefon bimbit mereka.

Apa komen anda?