Apa yang Oppo cuba lakukan?

Share Button

Oppo bakal melancarkan model Find namun masih dirahsiakan nama penuh model tersebut.

Dalam teaser yang dihantar ke media, Oppo hanya menandakannya sebagai ‘OPPO Find X’ yang akan dilancarkan di Paris, Perancis pada 19 Jun ini.

Find X membawa maksud ‘tidak diketahui’, ‘mencabar’ dan ‘ekstrem’ seperti dinyatakan Oppo dalam kenyataan kepada media.

Siri Find sering dikaitkan dengan inovasi dan rekaan artistik yang juga produk flagship untuk Oppo.

Model Find mula-mula diperkenalkan pada Jun 2011 melalui Find X903 dengan rekaan papan kekunci slide keluar berasaskan Android.

Apa komen anda?