Huawei Nova 3e, berbaloi dan lebih berbaloi

Share Button

Huawei Nova 3e ini memang lain meskipun ia telefon peringkat pertengahan.

Dengan harga RM1,320 ia sebenarnya lebih daripada sekadar berbaloi apatah lagi dengan storan sampai 128GB (mana ada fon harga begini di bawah RM1,350).

Malah, ada juga warna feminin dinamakan Sakura Pink pada Huawei Nova 3e ini yang cantik. 

Sangat cantik kerana warna merah jambunya tak keterlaluan dan menampalkan nilai estetika yang menawan.

Ia bukan saja datang dengan kamera depan 24 megapiksel tapi foto dan videonya lebih ‘sharp’ walaupun dalam keadaan kurang pencahayaan.

Bagi fungsi swafoto depan, Huawei Nova 3e ini mempunyai teknologi Light Fusion yang menggabungkan empat piksel kepada satu dalam persekitaran cahaya yang rendah bermakna ia tiga kali lebih besar mengesan cahaya.

Nova 3e mempunyai flash LCD yang sesuai untuk 11 suhu warna untuk keadaan pencahayaan pada pesekitaran dan ia akan ditetapkan secara automatik ketika merakam swafoto dengan pintar.

Dalam zaman moden dan menyeronokkan ini, fungsi tambahan seperti lensa AR banyak membantu untuk menambah kreativiti seperti menampal animasi bintang yang comel pada wajah anda.

Merasa jugalah Sam menampal wajah arnab yang comel pada muka Sam. 

Manakala mod swafoto dengan fungsi baru Face Beauty 4.0 datang dengan 10 tahap yang mengesan setiap bahagian wajah sekali gus kemungkinan besar wajah ‘flawless’ bersinar boleh dirakam.

Ia membuang jerawat dan kusut pada wajah dengan menggantikannya pada kulit asli bertekstur yang sempurna.

Huawei Nova 3e mempunyai rekaan yang cantik dengan panel gelas berbentuk 2.5D di belakang sama dengan yang ada pada P20 atau P20 Pro yang flagship.

Prestasi Huawei Nova 3i berdasarkan Kirin 659 dengan octa core, 4x A53 2.36GHZ + 4x A53 1.7GHz.

Selain itu, ia mempunyai RAM 4GB, ROM 128GB.

Untuk telefon peringkat pertengahan, kapasiti 128GB sangat berbaloi pada harganya.

Huawei Nova 3e mempunyai skrin 5.84 inci Full HD 1080 x 2160 dan datang dengan pengimbas wajah untuk nyahkunci skrin pantas.

Teknologi terbabit mampu menyediakan algoritma mengesan 1,000 poin wajah.

Harga Huawei Nova 3e ini memang agak murah iaitu hanya RM1,320 untuk spesifikasi yang baik.

Apa komen anda?