Xiaomi perkenal Mi Mix 2S ke Malaysia

Share Button

Xiaomi memperkenalkan model Mi MIX 2S ke pasaran Malaysia hari yang dilengkapi dua kamera di belakang dengan fungsi AI serta prosesor terbaru, Qualcomm Snapdragon 845.

Mi MIX 2S mempunyai saiz skrin 5.99” FHD+ skrin penuh.

Kameranya dikuasakan Sony IMX363 dengan 1.4μm pixels yang mampu membawa masuk lebih banyak cahaya untuk foto ketika senario gelap.

Sensor sama juga mempunyai teknologi Dual Pixel yang pertama kali digunakan pada kamera SLR.

Kamera belakang mempunyai resolusi 12MP+12MP manakala kamera depan pula 5MP.

Terdapat dua versi ROM iaitu 64GB atau 128GB.

Manakala RAMnya pula 6GB untuk dua-dua versi ROM jenis LPDDR4x.

Menyokong cas pantas Qi, baterinya berkapasiti 3400mAh.

Mi MIX 2S 6+64 dijual pada harga RM1,999 di Lazada + Mi store dengan warna hitam atau putih.

Manakala Mi MIX 2S 6+128 pula berharga RM2,199 dengan lokasi jualan dan warna yang sama ditawarkan.

Apa komen anda?