Rahsia membeli Huawei Nova 3e yang anda tak tahu

Share Button

Salah satu ciri rahsia apabila anda membeli Huawei Nova 3e adalah pra pasang aplikasi AppGallery yang menawarkan hadiah bernilai RM3,000 secara percuma sebaik anda membelinya.

Aplikasi kesetiaan tersebut merangkumi Doctor2U, oBike, Manga, HERMO, Easybook, AirAsia, EzCab, GoCar, CyberLink, NovelPlus, DailyManga dan Viu.

Sudah pasti yang mencuri tumpuan apabila memperoleh diskaun secara bulanan ketika membeli tiket AirAsia dan langganan 12 bulan percuma untuk menonton drama Korea di Viu.

Semuanya diperoleh sebaik anda membeli Huawei Nova 3e dengan storan 128GB pada harga RM1,399 saja.

 

Huawei Nova 3e disediakan pada sistem OS EMUI 8.0 di samping paparan FullView 2.0, anda akan dapat skrin 19:9 bersaiz 5.84 inci.

Skrin FHD+ menghasilkan resolusi 2280 x 1080 piksel dan model telefon disediakan datang dengan warna biru Klein Blue dan hitam Midnight Black.

Ia disusuli dengan kamera depan 24 megapiksel, mantap pula dengan dua kamera di belakang 16MP+2MP yang turut menyediakan ciri menghasilkan rakaman bokeh.

Berdasarkan 96 jenis pengesan wajah, Huawei Nova 3e mampu mengenalpasti wajah anda dan menghasilkan imej swafoto yang baik.

Menariknya Huawei Nova 3e ini ia boleh disambungkan ke monitor untuk menjadi PC, tiga jari untuk screenshot, split screen dan Huawei Private Space 2.0.

Ia menyokong cas pantas 9V2A yang mengurangkan masa mengecas sehingga 30%.

Datang dengan RAM 4GB, jika anda membelinya hingga 31 Mei, Huawei menawarkan pulangan wang berjumlah RM79 bermakna anda membayar harga RM1,320 saja dan juga memperoleh Huawei Tripod Selfie Stick bernilai RM68.

Apa komen anda?