Piala Dunia disiar di RTM – Gobind

Share Button

Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru dilantik, Gobind Singh Deo mengesahkan siaran Piala Dunia 2018 yang bakal berlangsung di Rusia akan diisiarkan secara langsung menerusi RTM.

Ia termasuk penyiaran di aplikasi RTM.

Namun, pemilihan perlawanan masih belum ditputuskan dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Sehingga kini kita akan pastikan siaran Piala Dunia akan disiarkan di RTM 1 dan maklumat lebih lanjut akan dimaklumkan mungkin esok.” jelas Gobind.

Gobind memaklumkan cadangan tersebut terlebih dulu dibawa ke mesyuarat Kabinet pagi tadi dan diluluskan.

Piala Dunia 2018 bermula 14 Jun hingga 15 Julai depan.

Apa komen anda?