Perbandingan ringkas Huawei Nova 2i, Oppo F7 dan Vivo V9 – Mana lebih bagus?

Share Button

 

Penghujung tahun lepas menyaksikan bermulanya era baru telefon peringkat pertengahan dengan pelbagai produk yang diperkenalkan pengeluar sesuai untuk rakyat negara ini dengan harga mampu milik.

 

Jom kita lihat tiga fon peringkat pertengahan yang dijual tidak lebih RM1,400.

 

Huawei Nova 2i menjadi titik hebat dengan empat kamera (dua di depan dan dua lagi di belakang) yang menarik minat pengguna sebaik saja ia berada di rak jualan.

 

Larisnya memang macam pisang goreng apabila terjual hingga 300,000 unit dalam masa 6 bulan manakala dua lagi model yang juga mula dilancarkan pada 2018, Vivo V9 dan Oppo F7 mengikut trend skrin notch.

 

Apabila dibandingkan?

 

Huawei Nova 2i dijual pada harga RM999 sekarang, harga terendah antara ketiga-tiga model. Sudah pasti dengan bajet yang ketat, anda boleh memikirkan model Nova 2i .


Oppo F7 dijual pada harga RM 1399

 

Vivo V9 juga dijual pada RM 1399

 

Prosesor

Bagi kategori prosesor pula, setiap fon mempunyai kuasa perkomputeran yang cukup untuk aktiviti yang kita lakukan setiap hari seperti menonton video, melayari rangkaian sosial dan bermain game yang bersaiz sederhana bukan masalah.

 

Huawei Nova 2i mempunyai prosesor peringkat pertengahan Kirin 659 8-core (4 x 2.36 GHz dan 4 x 1.7 GHz). Sehingga kini, maklum balas pengguna tentang kelancarannya agak bagus.

 

Lagipun, Huawei juga membangunkan prosesor mudah alih pertama, Kirin 970 dengan modul kecerdasan pintar (AI) dan pembangunan teknologi semakin berkembang setiap hari. Vivo V9 menggunakan Snapdragon 626 8-core 2.2 GHz manakala Oppo F7 pula memasukkan MediaTek MTK Helio P60 8-core 2.2 GHz tapi MediaTek masih baru dalam prosesor mudah alih ini yang agak perlahan ketika mengoperasikan Android.

 

Paparan FullView

Saya agak kasihan melihatkan pengguna yang mahukan paparan FullView pada fon mereka tapi kekangan bajet memang menyebabkan kekecewaan. Tapi sekarang, ia bukan lagi masalah. Ketiga-tiga fon ini mempunyai skrin yang mengagumkan dan panel depan masing-masing cukup bagus.

 

Oppo F7 mempunyai skrin 6.23 inci HD 1080 x 2280 dan Vivo V9 pula mempunyai paparan lebih besar 6.3 inci HD 1080 x 2280.

 

Sudah pasti, notch yang ada membantu pada saiz skrin yang meluaskan skrin tersebut untuk sudut pandang lebih besar.

 

Kalau anda tidak menyukai notch yang ada, Rekaan simetrik Nova 2i dengan bezel kecil di atas dan bawah mungkin sesuai dengan citarasa anda. Ia mempunyai resolusi HD 1080 x 2160 pada pasaran 5.9 inci yang sebenarnya tidak jauh berbeza dengan  Oppo F7 dan Vivo V9. Skrin yang cukup besar ini sesuai untuk menonton drama.

 

Huawei Nova 2i

Oppo F7

 

Vivo V9

 

Berat, rekaan, sisi

Huawei Nova 2i

Oppo F7

Vivo V9

 

Nova 2i mempunyai badan aluminium 7.5mm dan warna biru menjadi pilihan manakala berat 164g tidak berat dan ia 10g lebih ringan berbanding iPhone X (174g). Oppo F7 lebih tebal (7.8mm) dengan berat 158g) tapi pilihan warna fon terutama merah agak menarik. Vivo V9 lebih ringan (150g) tetapi warna pilihan yang ada pada model ini sangat biasa dan kurang menarik.

 

Kamera

Tiada lagi kamera yang mengecewakan apabila anda mempunyai fon kelas pertengahan apabila ia juga sesuai untuk persekitaran kurang pencahayaan dan mengelakkan imej kabur.

 

Nova 2i adalah pelopor dalam kategori ini dengan 4 kamera. Sejumlah 16MP+2MP di belakang dan 13MP+2MP di depan ditambah kesan bokeh yang boleh diaktifkan ketika menggunakan kamera depan memang menarik.

 

Lagipun bagi penggemar swafoto, anda tidak akan kecewa dengan pencahayaan apabila Nova 2i dilengkapi Selfie Toning Flash yang menukar cahaya bergantung pada wajah dan skrin sendiri secara automatik.

 

Kamera belakang Vivo V9 beresolusi 16MP+5MP juga boleh digunakan untuk bokeh namun kamera depan 24MP tidak membenarkannya kerana ia tidak menyokong lensa monokrom yang mengukur ‘depth of field’, menjadikannya sukar untuk menghasilkan imej kabur di belakang secara asli.

 

Oppo F7 mempunyai kamera belakang 16MP manakala kamera depan pula 25MP tetapi malangnya ia tidak dilengkapkan dengan dwi kamera yang biasa pada fon sekarang. 

 

Bateri

Dengan skrin definisi tinggi, pastinya anda risau tentang penggunaan bateri. Berapa lama fon boleh bertahan tanpa perlu dicas semula atau dipasang dengan powerbank? Tiada jawapan yang tepat bagi soalan ini.

 

Ia bergantung kepada tabiat yang pengguna sendiri tentukan dan sama ada perisiannya cukup baik mengoptimumkan operasi. Dari aspek kapasiti bateri, ketiga-tiga model fon ini mempunyai 3000mAh atau lebih.

 

Oppo F7 (3400mAh) yang juga paling besar antara ketiga-tiganya manakala Vivo V9 (3260mAh). Ketika ini, Huawei Nova 2i mempunyai bateri berkapasiti 3340mAh dan ujian rasmi menunjukkan ia mampu bersedia sehingga 550 jam dan masa berbual sehingga 20 jam.

 

Berdasarkan reviu yang positif, penggunaan bateri yang dioptimumkan bersama EMUI memungkinkan penggunaan sepanjang hari.

 

Huawei Nova 2i menjadi telefon paling berbaloi dengan harga hanya RM999 dengan konfigurasi hampir sama dengan model Oppo F7 dan Vivo V9.

 

Oppo F7 dan Vivo V9 juga mempunyai kualiti yang sama bagi fon peringkat pertengahan. Betul! Ia tidaklah mengecewakan.

 

Sehingga kini, lebih 400,000 unit Nova 2i laris terjual menunjukkan pengguna percaya pada fon  ini.

 

Elok kalau beli sekarang kerana Huawei sendang mengadakan promosi diskaun lagi 6% sehingga esok.

 

Lagipun, ada juga promosi raya yang membolehkan anda memenangi hadiah hebat sekiranya anda membeli Nova 2i atau Nova 2 Lite sekarang seperti dalam video.

 

Siapa kata fon peringkat pertengahan tidak bagus? Lihat perbandingan spesifikasi di bawah;

 

 

Spesifikasi Huawei Nova 2i, Oppo F7 dan Vivo V9

Nova 2i

999

Oppo F7

1399

V9

1399

Dimensi 156.2 x 75.2 x 7.5 mm 156 x 75.3 x 7.8 mm 154.8 x 75.1 x 7.9 mm
Berat 164 g 158 g 150 g
Saiz skrin 5.9 inches 6.23 inches 6.3 inches
Resolusi skrin 1080 x 2160 1080 x 2280 1080 x 2280
Prosesor HiSilicon Kirin 659 Mediatek Helio P60 Qualcomm MSM8953-Pro Snapdragon 626
Prestasi prosesor Octa-core 4×2.36 GHz & 4×1.7 GHz Octa-core 4×2.0 GHz & 4×2.0 GHz Octa-core 2.2 GHz
Storan 64 GB 64 GB 64 GB
Peluasan memori microSD, hingga 256 GB MicroSD, hingga 256 GB microSD, hingga 256 GB
RAM 4 GB RAM 4 GB RAM 4 GB RAM
Kamera belakang Dual 16 MP (f/2.2) + 2 MP 16 MP, (f/1.8) Dual 16 MP + 5 MP (f/2.0)
Kamera depan Dual 13 MP (f/2.0) + 2 MP 25 MP (f/2.0) 24 MP (f/2.0)
Bateri 3340 mAh 3400 mAh 3260 mAh
Harga RM 999 RM 1399 RM 1399

 

Apa komen anda?