Microsoft Surface mana yang patut korang beli?

Sejak ia dilancarkan pada 2012, orang ramai sangat teruja dengan inovasi yang dibawakan Microsoft Surface ini terutama dengan rekaan jenis ‘tablet-like’ yang merubah cara laptop dibawa.

Selepas 6 tahun, Microsoft Surface terus maju ditambah pula Windows yang beroperasi makin lancar pada peranti tablet.

Ia juga jelas menunjukkan Microsoft bersedia menjadi pencetus inovasi untuk rekaan PC hibrid yang mesra pengguna. Sukar mencari pengeluar PC sekarang yang mampu menawarkan apa yang dilakukan Surface pada peranti kickstand.

Sejak Surface pertama dilihat ultra mudah alih, Microsoft melebarkan kategori Surface yang memasukkan tiga jenis produk. Kalau anda mahukan PC berasaskan Windows yang sangat portable, pilihan Microsoft menjadi senarai teratas.

Surface Laptop (i5, RAM 8GB, SSD 256GB)

Sesuai untuk pelajar dan individu kolar biru

Ia komputer yang sangat fleksibel kepada individu yang mahu laptop sebenar kerana jika anda mahukan laptop dua dalam satu, ada yang tidak menggemari pengasingan antara monitor dan papan kekunci tetapi Surface Laptop bersambung terus dan sekali operasi iaitu dengan membukanya saja boleh terus dipakai.

Individu yang kurang gemar dengan kickstand dan clicky magnetic keyboard boleh menggunakan laptop ini kerana tidak semua situasi boleh menggunakan peranti yang sama terutama apabila mahu diletakkan di paha saja. Nama pun laptop!

Microsoft Surface Laptop bercirikan teknologi hebat dengan paparan resolusi tinggi pada saiz 13.5 inci, papan kekunci yang sangat seronok menggunakannya ketika menaip, trackpad bergelas yang kukuh dan sudah pasti, nipis!

Ia mempunyai port cas magnetik. Jika anda jenis yang selalu bekerja dari luar ataupun jenis ‘a klutz who trips over your power cord all the time’, ia boleh menjadi penyelamat anda. Kabel yang tak terlalu banyak ini memang memudahkan.

Microsoft juga memberikan pengguna standard teknologi seperti kamera Windows Hello IR yang membolehkan anda mengaktifkan laptop hanya dengan wajah.

 

 

Peranti 2-dalam-1 paling best! Surface Pro (i5, 8 GB RAM, 256 GB SSD)
Sesuai untuk pengguna mainstream dan pereka

Rekaan asal Surface dengan kickstand dan papan kekunci sebagai cover yang menutup skrin. Masih relevan dan terus unggul sebagai peranti yang memudahkan kerja walaupun ia sudah menjangkau beberapa generasi.

Surface Pro menjadi peranti mudah alih yang mengurangkan jarak antara laptop dan tablet dengan kemas.

Ia mempunyai konfigurasi tanpa kipas berkuasa rendah dengan Intel Core m3 sehingga Intel Core i7 yang ditambah pula dengan Iris Graphics. Sudah pasti ia Surface Pro yang memenuhi apa saja keperluan anda.

Tidak kira apa saja konfigurasi yang digunakan, Surface Pro mempunyai skrin boleh sentuh 12.3 inci resolusi tinggi yang mesra dokumen pada nisbah aspek 3:2.

Anda juga mendapat port USB-A, port cas magnetik, kamera web Windows Hello, slot microSD untuk storan lebih banyak berbanding storan dalaman.

Pengguna berkuasa tinggi – Surface Book 2 15-inci (i7, Nvidia GeForce GPU 10 Series, 16 GB RAM, 256 GB SSD)

Sesuai untuk editor video

Komputer hibrid termasuk Microsoft, Surface Book 2. Ia menukar komputer kepada peranti berkuasa hebat dengan pilihan cip grafik yang akan menambah kuasa prestasi, melajukan segala-galanya daripada Adobe Premiere sehingga SolidWorks.

Skrin yang boleh dicabut daripada papan kekunci juga menukar peranti menjadi tablet yang seronok ketika menonton filem di Netflix atau iflix.

Tak dilupakan, menyemak segala dokumen menggunakan aksesori Surface Pen.

Microsoft Surface Book 2 memang peranti yang sesuai untuk tujuan produktiviti pada saiz 15-inci.

Terima kasih kepada prosesor hebat quad core Intel dan cip NVIDIA 10 (untuk model i7) yang hebat dalam dok papan kekunci. Anda akan memperoleh prestasi tahap melampau kuasanya dan ia mudah alih.

Lagipun, anda akan mendapatkan set Surface yang mempunyai Windows Hello, skrin resolusi tinggi yang cantik, papan kekunci backlit yang sangat mewah dan trackpad gelas yang sangat lancar ketika jari diletak.

Anda dah bersedia untuk membelinya? Boleh jadikan hidup anda lebih produktif di https://www.microsoft.com/en-my/surface/buy