Menteri baru mahu internet lebih laju

Share Button

Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru dilantik, Gobind Singh Deo berkata kementeriannya berhasrat untuk fokus dalam menggandakan kelajuan internet dalam tempoh terdekat.

Ia adalah agenda utama sebaik saya melangkah masuk ketika mesyuarat dengan staf-staf kementerian,” kata Gobind.

Kita akan menggandakan perkhidmatan kelajuan internet jalur lebar jika ia boleh dilakukan. Terdapat banyak rungutan tahun lepas dan kita berharap untuk memperbaiki perkara ini.” jelas Gobind.

Gobind Singh Deo yang juga menteri Singh pertama di Malaysia dilantik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lepas.

Beliau yang mengangkat sumpah semalam merupakan Ahli Parlimen Puchong di bawah Pakatan Harapan selepas menumpaskan calon Barisan Nasional (Ang Chin Tat) dan Pas (Mohd Rosharizan Mohd Rozlan) dengan majoriti 37,380.

Comments

Apa komen anda?