Internet berganda laju dan paling penting…(yang ini mesti rakyat suka)

Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru dilantik, Gobind Singh Deo sekali lagi menegaskan akan memberi fokus dalam menggandakan kelajuan internet dalam tempoh terdekat.

Bercakap ketika sesi temuramah dengan RTM1, Gobind turut menambah kelajuan internet akan digandakan namun harganya akan berkurang sehingga 50%.

Ia adalah salah satu perancangan pelan 100 hari di kementeriannya.

Kementerian Komunikasi dan Multimedi menerima aduan berkenaan kualiti jalur lebar di Malaysia yang jauh berbeza berbanding negara maju.

Kita kaji pelbagai aspek mengenai Internet termasuk masalah dihadapi syarikat telekomunikasi dan kita akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah berkenaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar di negara ini.

Gobind berkata, perkhidmatan jalur lebar yang ditawarkan negara lain amat berbeza dengan prasarana yang ditawarkan di Malaysia jadi kementeriannya perlu mencontohi sistem negara luar yang baik.

Selepas ini, Gobind dan kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan syarikat telekomunikasi untuk membincangkan perkara terbabit.

Gobind Singh Deo yang juga menteri Singh pertama di Malaysia dilantik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lepas.

Beliau yang mengangkat sumpah semalam merupakan Ahli Parlimen Puchong di bawah Pakatan Harapan selepas menumpaskan calon Barisan Nasional (Ang Chin Tat) dan Pas (Mohd Rosharizan Mohd Rozlan) dengan majoriti 37,380.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: