Huawei Nova 2i kini bawah RM1k

Share Button

Harga baru, dicantas! Inilah masa sesuai untuk membeli model telefon Huawei Nova 2i sempena Hari Ibu.

Huawei Nova 2i kini dijual pada harga RM999 (kekal sampai bila-bila) dan menariknya sudah lengkap dengan dua fungsi hebat, ‘face unlock’ dan lensa AR.

Jika anda kerap menggunakan kamera dan pelbagai ciri dalam Facebook, kamera AR Huawei Nova 2i juga sudah dilengkapkan dengan fungsi AI yang mana ia menambah kreativiti ketika berfotografi.

Datang dengan tiga warna iaitu hitam, emas dan biru, Huawei Nova 2i berbaloi apabila Dwi kamera di depan dilengkapi flash mampu memberikan kesan bokeh yang sebelum ini hanya dimiliki kamera utama telefon pintar biasa. Kemudian, lampu flashnya boleh ditetapkan sekaligus menjadi yang pertama di dunia mampu berbuat demikian.

Kamera belakangnya mempunyai resolusi 16 dan 2 megapiksel dengan saiz piksel 1.75um menghasilkan foto yang jelas. Kamera Nova 2i untuk depan dan belakang mampu merakam imej yang jelas tidak kira pada mana-mana persekitaran selain kualiti imejnya seakan-akan menggunakan kamera DSLR.

Skrinnya yang dikategorikan sebagai FullView juga iaitu bersaiz 5.93 inci memang besar untuk dijadikan pusat tontonan kepada mana-mana kandungan. Misalnya mahu menonton video atau bermain game dengan kepuasan yang sangat maksimum.

Jika anda berhasrat membelinya, Nova 2i yang berharga hanya RM999 ini boleh diperoleh di semua Huawei Experience Store, Display Zone dan juga laman e-dagang Vmall.

Apa komen anda?