Huawei Nova 2 Plus terima Android Oreo, lihat cara muat turun dalam artikel ini

 

Model telefon, Huawei Nova 2 Plus bakal menerima suntikan Android Oreo dengan versi beta kini didatangkan.

Nova 2 Plus ke pasaran Malaysia dengan keupayaan kamera depan beresolusi sehingga 20 megapiksel.

Ia menggunakan pemprosesan HiSilicon Kirin 659 dengan saiz skrin 5.5 inci jenis 1080 x 1920 piksel.

Di samping itu, Nova 2 Plus bakal memiliki dwikamera di bahagian belakang beresolusi 12 dan 8 megapiksel lengkap pengesan fokus automatik dan flash LED.

Bagaimana untuk menyertai ujian beta untuk Android Oreo ini.

  1. Muat turun aplikasi beta
  2. Klik pada ikon untuk memulakan aplikasi
  3. Terima terma dan syarat
  4. Pengguna perlu login dengan HUAWEI ID untuk menggunakan peralatan
  5. Jika tiada HUAWEI ID, anda perlu memohon dengan emel atau nombor fon baru

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: