Harga gajet, bil telefon & jalur lebar turun

Share Button

Harga produk elektronik termasuk telefon pintar, tablet dan PC dijangka turun 1 Jun ini.

Turut dijangka turun, harga bil multimedia seperti bil telefon dan jalur lebar.

Ia selaras pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengenakan 0% terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada 1 April 2015.

Cukai membebankan tersebut tidak dihapuskan cepat berikutan perubahan sistem perakaunan yang mengambil masa namun peniaga boleh menukarnya kepada kadar 0.

Pakatan Harapan yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru antara lain menjanjikan pemansuhan GST dalam manifesto mereka.

Kerajaan masih mempunyai sumber kewangan lain yang boleh dimanfaatkan. Sebelum ini, ramai tidak bersetuju dengan cadangan GST dan menyifatkannya sebagai langkah tidak wajar namun Perdana Menteri sebelum ini masih berdegil mengekalkannya.

Tidak semua rakyat di negara ini berpendapatan tinggi dan mampu menjelaskan cukai termasuk walaupun jumlahnya dikatakan rendah dan memanfaatkan negara.

Produk elektronik seperti telefon pintar bukan saja digunakan oleh masyarakat yang tinggal di bandar malah ia menjadi sumber maklumat terbaru kepada masyarakat luar bandar untuk mengetahui apa yang berlaku di dalam dan luar negara.

Apa komen anda?