Dua fon ASUS Zenfone 5, Max Pro M1

Share Button

Oleh Faiz Zainal

Asus baru saja melancarkan 2 model terbaru nya pada 31 May dengan harga yang sangat berpatutan dengan fungsi yang menarik iaitu model Zenfone 5 dan Zenfone Max Pro (M1). Berikut adalah harga rasmi :

Asus Zenfone 5
4GB + 64GB : RM1,299

Asus Zenfone Max Pro (M1)
3GB + 32GB : RM699
4GB + 64GB : RM849
6GB + 64GB : RM999

Anda juga boleh mendapatkan Zenfone Max Pro (M1) di Lazada dengan penawaran harga menarik dan jauh lebih murah! Tarikh yang terpilih sahaja :

Zenfone Max Pro (M1)
3GB + 32GB : RM599 (June Flash Sale)
4GB + 64GB : RM799 (Pre-order 2 & ‪3 Jun‬)

Di samping itu, dengan setiap pembelian Asus Zenfone Max Pro (M1), anda akan dapat PERCUMA baucer mobilegame “FREE FIRE” yang bernilai RM80.

Pelbagai fungsi menarik yang Asus perkenalkan pada model Zenfone 5 kali ni. Antara yang menarik adalah fungsi teknologi AI (Artificial intelligence) yang di implentasi pada Kamera, Display, Ringtone, Boost, Charging dan Photo Learning.

Kelihatan juga notch pada skrin yang seakan iPhone X pada Zenfone 5. Malahan, Asus memberikan setting untuk anda sorok notch seperti yang ada pada OnePlus 6. Jadi, pengguna ada pilihan untuk menggunakan notch pada skrin atau tidak menggunakannya.

 

Apa komen anda?