Di sebalik warna Twilight dalam Huawei P20 Pro

Share Button

Telefon mudah alih HUAWEI P Series memang dikenali dengan reka bentuk, teknologi dan kamera yang paling istimewa. Seperti peranti yang sebelumnya, HUAWEI P20 dan HUAWEI P20 Pro baru menggabungkan kesenian dan teknologi mudah alih terhebat untuk menghasilkan pengalaman fotografi profesional yang revolusioner.

Dengan mewujudkan ciri-ciri seperti sensor besar dan lensa apertur luas dalam HUAWEI P20 dan HUAWEI P20 Pro, Huawei sememangnya mempunyai niat untuk menurunkan halangan terhadap foto berkualiti tinggi dalam sebuah telefon. Ini membolehkan sesiapa saja menghasilkan gambar-gambar profesional – walaupun tanpa kamera dan peralatan yang mahal.

Dengan gabungan AI yang inovatif serta rekaan dan perkakasan yang canggih, Huawei merupakan revolusioner dalam bidang fotografi mudah alih: hanya dengan sebentuk telefon mudah alih Huawei di tangan, sesiapa saja mampu menghasilkan gambar berkualiti profesional dan berkongsi foto di seluruh dunia dengan senang.

Kenapa warna Twilight?

Aurora Borealis, yang juga dikenali sebagai Cahaya Utara, adalah salah satu pemandangan yang paling menakjubkan di dunia. Ia merupakan satu paparan menarik dan pencahayaan dramatik yang mempesonakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Huawei telah membawa fenomena semula jadi yang mengagumkan ke tangan pengguna, dalam bentuk skim warna telefon pintar.

Uniknya, Huawei menjadi satu-satunya pengeluar fon yang melancarkan warna Twilight dalam sebuah model.

Warna Twilight menjadi tajuk perbualan semua peminat di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Bukan sahaja reka bentuk warna ini istimewa, malah ia juga merupakan warna yang unik untuk telefon pintar. Pada skala global, sebaik sahaja Twilight dihasilkan, ia akan diterima dengan baik dan akan cepat terjual.

Kesenian dan Aturan Rekaan – Yang Mencerminkan Identiti

Telefon P20 kelihatan seolah-olah kamera digital apabila dilihat dari bahagian belakang. Bukan secara sengaja rekaan ini terjadi: telefon bersiri P20 direka untuk menawarkan pengalaman fotografi telefon pintar yang terunggul. Persamaan ini merupakan “cadangan bawah sedar” di mana pengguna akan mengaitkan alat ini dengan kamera yang berkualiti, sekaligus menunjukkan nilai teras Siri P20 dalam cara yang halus dan efektif.

Rekaan bahagian belakang telefon P20 yang terdiri daripada sistem kamera dan panel belakang mematuhi nisbah 20:80 untuk menghasilkan rekaan yang minimalis serta anggun. Hanya 20% bahagian belakang diperuntukkan untuk logo Huawei dan sistem kamera manakala yang lainnya dibiarkan kosong untuk menampakkan sinaran warna gradien.

Ciri Simetri Yang Klasik
Rekaan telefon bersiri P20 adalah berasaskan peraturan reka bentuk yang paling klasik: simetri. Bentuk simetri melambangkan keharmonian dan amat menarik dipandang. Walaupun begitu, peranti yang simetri tidak sebegitu mudah untuk direka – para jurutera perlu mengatasi pelbagai cabaran sehinggalah pencapaian yang terunggul, iaitu reka bentuk unibody P20 yang simetri di mana ia, sebagai bonus, menawarkan cengkaman yang selesa.

Kehalusan kerja tangan yang indah
Cahaya merangsang mata manusia dan membolehkannya menafsir warna. Setiap warna, termasuklah merah, kuning, hijau, biru dan ungu, mempunyai jarak gelombangnya sendiri, dan gabungan warna-warna yang boleh kita lihat dengan mata kita membentuk spektrum cahaya.

Warna gradien ungu pada varian Twilight P20 Pro adalah ekspresi cahaya yang paling semula jadi. Semua ini adalah hasil daripada salutan optikal non-conductive vacuum metalizing (NCVM), yang disempurnakan oleh Huawei selepas mengatasi cabaran dan tempoh cubaan yang panjang.

Anda bukan sahaja anda dapat memegang telefon kamera yang paling maju dari segi teknologi, anda juga akan kelihatan menarik. Huawei siri P20 adalah hasil daripada pemikiran yang menggabungkan minda dan kecantikan berserta kuasa AI dengan warna Twilight, dan tidak ragu-ragu lagi bahawa P20 mengesahkan kedudukannya sebagai salah satu telefon pintar yang paling kuat dengan paparan visual paling menarik tahun ini (atau pada masa akan datang).

Beli Atau Tidak, Itu Bukan Persoalannya

Huawei telah mendengar semua permintaan anda, kuat dan jelas. Dan percayalah, Huawei tidak sekadar duduk diam. Huawei telah bekerja sepanjang masa untuk membawa masuk P20 Pro Twilight untuk anda, dan anda pasti gembira apabila mengetahui Huawei telah berjaya mendapatkan bilangan unit yang sangat terhad untuk rakyat Malaysia.

Untuk memperingati pelancaran warna khas ini di Malaysia, Huawei akan menganjurkan majlis pelancaran eksklusif di kedainya di pusat membeli-belah Pavilion Elite, KL. Acara ini akan bermula pada 6 petang, pada ke 4 Mei. Disebabkan Twilight adalah warna yang jarang dan eksklusif, kuantitinya adalah sangat terhad. Jadi, Huawei menggesa mereka yang ingin menjadi antara yang pertama untuk mendapatkan Twilight untuk menyertai barisan secepat mungkin demi mendapatkan sebuah unit dan untuk mengelakkan kekecewaan.

Huawei P20 Pro mempunyai skrin 6.1 inci jenis 2240 x 1080 piksel) OLED pada nisbah skrin 18.7:9. Selain itu, ia hadir dengan RAM 6GB dan storan 128GB.

Secara keseluruhannya, P20 Pro mempunyai 40MP sensor RGB, 20MP sensor monokrom dan 8MP sensor telefoto.

Apa komen anda?