Bukan buang masa, e-sukan lahir professional – Syed Saddiq

Share Button

“Kita harap lebih ramai anak muda di Malaysia berpeluang bertanding dalam acara e-sukan atau e-sports di peringkat tinggi sehingga layak bergelar profesional.”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mencadangkan industri e-sukan dilonjakkan dan bukan sekadar dianggap aktiviti membazir masa.

“Kita bagi sokongan penuh pada program ini dan saya secara peribadi mahu mengangkat martabat e-sukan ke peringkat lebih tinggi.”

Syed Saddiq berkata, game seperti Dota, Mobile Legends, CS, FIFA, RoS dan banyak lagi mampu meningkatkan skil dan membuka peluang kepada pemain ke arah satu lagi bidang kerjaya.

“Bidang e-sukan bukan saja pada pemain tetapi kita juga boleh menghasilkan bakat dalam ekosistem game itu sendiri, contohnya pengaturcara komputer, pereka, pembangun dan banyak lagi.”

“Ia bermakna, peluang Malaysia untuk ke depan lebih cerah dengan industri menjurus ke arah Revolusi Industri 4.0 yang berasaskan teknologi.”

“Di Malaysia, komuniti permainan video (game) sangat besar namun mereka (pemain) kurang diberi peluang untuk tonjolkan bakat kerana tidak banyak kejohanan berprestij dianjurkan.”

“Oleh itu, kami berharap lebih banyak kejohanan dianjurkan secara tempatan atau di peringkat negeri sekali gus dapat membuka mata ramai pihak dan memberikan lebih banyak peluang kepada anak muda khususnya menjadi lebih berdaya saing dari sudut kompetitif.”

 

Apa komen anda?