ASUS Zenfone Max Pro (M1) dilancar esok, Android asli…Harganya? Semua dalam artikel ini

Share Button

Sebuah telefon, ASUS Zenfone Max Pro (M1) akan diperkenalkan esok. Telefon ini jenis telefon peringkat pertengahan namun menariknya ia beroperasi pada Android asli.

Sekaligus, anda boleh menyaksikan antaramuka Android yang agak bersih pada model ASUS Zenfone Max Pro (M1) ini.

ASUS Zenfone Max Pro (M1) mempunyai prosesor Qualcomm Snapdragon 636 dan ditambah keupayaan dua kamera bokeh beresolusi 13 megapiksel dan 16 megapiksel.

Kamera depan pula, 5 megapiksel

Bateri berkapasiti 5000mAh pada ASUS ZenFone Max Pro (M1) ini juga bertindak sebagai powerbank apabila mampu mengecas fon lain manakala kapasiti sama membolehkan anda bermain game hingga 12 jam.

Kuasa GPU pula bergantung pada Adreno 509.

Berdasarkan paparan 18:9 FullView, ASUS ZenFone Max Pro (M1) yang mempunyai body bersaiz 5.5 inci (menawarkan skrin besar 5.8 inci) mempunyai antaramuka lebih kemas dan bersih di samping mampu menghasilkan rakaman video jenis 4K.

Ia akan dijual pada harga RM699.

Harga seperti berikut:

3GB+64GB: RM699

4GB+64GB: RM849

6GB+64GB: RM999

Harga jualan promosi di Lazada bermula Julai ini untuk model 3GB+64GB berharga RM649.

Terdapat tiga slot kad di mana dua untuk nanoSIM dan satu lagi untuk microSD.

Di Malaysia, RAM yang tersedia 4GB dengan ROM 64GB.

Apa komen anda?