Aplikasi resepi Raya

Share Button

Suudu Pening untuk cari menu raya? Dengan himpunan pelbagai resipi masakan melalui aplikasi Suudu, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memilih menu menarik untuk tetamu nanti.

Suudu adalah aplikasi yang berkaitan dunia pemakanan, sama ada dalam memilih tempat untuk makan, cara memasak, mendapatkan tip dan bahan bacaan bermanfaat serta mendaftar di kelas memasak.

Pada bahagian Resipi Masakan, anda akan diberikan langkah mudah untuk setiap resipi bagi membantu anda dalam penyediaan menu pilihan.

Terdapat juga video arahan untuk resipi terpilih. Melalui aplikasi ini, anda boleh merancang pembelian bahan mentah. Senarai barang bahan mentah yang anda perlu akan disenaraikan seperti kuantiti bawang dan cili.

Bahkan, anda boleh menyimpan dan mempunyai senarai resepi kegemaran anda sendiri.

Hanya log masuk dengan alamat e-mel atau menggunakan akses masuk menggunakan akaun Facebook anda.

Selain itu, pengguna turut boleh berkongsi resipi kegemaran menerusi pelbagai platform media sosial bersama rakan. Suudu boleh dimuat turun daripada platform Play Store dan App Store.

Apa komen anda?