Apa yang menarik sangat LG G7 ThinQ

Share Button

LG melancarkan telefon pintar G7 ThinQ yang mempunyai ciri uniknya iaitu butang khas untuk Google Assistant dan juga ada rekaan notch di bahagian skrin atas fon tersebut.

LG juga datang dengan teknologi AI yang menurut LG, menjadikan kameranya peka dan mampu mengesan objek dan mengoptimumkan imej dengan kontras automatik, saturasi dan tetapan warna.

G7 ThinQ akan sedikit bergegar apabila ia mengesan objek seperti bunga, manusia, haiwan dan matahari ketika merakam.

Ia datang dengan is prosesor Qualcomm Snapdragon 845 dan skrin 6.1-inci QHD+ (3120 x 1440) LCD.

Terdapat dwi kamera 16 megapiksel di belakang dengan satu daripadanya jenis lensa Super Wide.

Telefon ini mempunyai RAM 4GB bersama storan 64GB.

LG G7 ThinQ dengan bateri 3000mAh turut mesra cas tanpa wayar.

Satu lagi ciri tumpuan ialah speaker Boombox ditambah sistem audio Hi-Fi quad-DAC, and DTS:X 3D Surround Sound Yang menghasilkan bunyi hebat!

G7 ThinQ datang dengan Android Oreo dan IP68.

Ia dijangka dijual pada harga RM3,299 namun tidak akan dibawa masuk ke Malaysia dalam masa terdekat.

Apa komen anda?