Xiaomi Redmi Note 5 masuk Malaysia

Share Button

Xiaomi memperkenalkan dua varian Redmi Note 5 bagi pasaran Malaysia iaitu 3+32GB dan 4+64GB.

Redmi Note 5 ini diperkuat kamera yang hebat pada harga patut selain menyokong Qualcomm Snapdragon 636. Kamera dwi kamera 12+5 megapiksel mempunyai sensor besar 1.4μm-piksel, AI dan LED Selfie pada kamera depan.

Kamera depan beresolusi 13 megapiksel dengan mod potret bersama Beautify 4.0.

Mod potret juga boleh digunakan pada kamera belakang.

Prosesor Xiaomi 40% lebih baik berbanding Qualcomm Snapdragon 630 sebelum ini dan ia peranti Redmi pertama Xiaomi datang dengan LPDDR4X DRAM,

Redmi Note 5 mempunyai skrin 5.99 inci FHD+ 18:9, bateri 4000mAh dan cas pantas .

Pada MIUI 9, ia berasaskan Android Oreo dan boleh ditempah di Lazada bermula esok dan ia kemudian boleh dibeli di Mi Store bermula 5 Mei.

Redmi Note 5 berharga RM799 (3GB + 32GB) dan RM999 (4GB + 64GB). Tiga warna ditawarkan iaitu biru, emas atau hitam.

 

Apa komen anda?