Xiaomi potong harga 4 model, terhad hari ini!

Share Button

Xiaomi Malaysia melakukan kejutan dengan jualan hingga penghujung hari ini bagi 4 model telefonnya iaitu Redmi Note 4, Redmi 5, Redmi 5 Plus dan Redmi 5A.

Ia eksklusif ditawarkan di laman edagang, Lazada bermula sekarang hingga jam 11.59 malam nanti.

Redmi Note 4 dijual pada harga selepas diskaun RM699 saja berbanding harga asal iaitu RM949.

Ia datang dengan bateri 4100mAh, RAM 4GB dan ROM 64GB. Manakala prosesor Snapdragon 625 bersama skrin 5.5 inci jenis FHD.

Redmi 5 pula dijual pada harga RM453 dan RM553 bagi versi 16GB atau 32GB. Harga asal ialah RM499 dan RM599.

Fon Redmi 5 mempunyai prosesor Snapdragon 450, skrin 18:9 pada 5.7 inci HD+ dan bateri 3300mAh.

Manakala Redmi 5 Plus dijual pada harga RM703 dan RM853 bagi versi 32GB atau 64GB. Harga asal ialah RM759 dan RM899.

Fon Redmi 5 Plus mempunyai prosesor Snapdragon 625, skrin 18:9 pada 5.99 inci FHD dan bateri 4000mAh.

Sementara itu, Redmi 5A paling murah dengan harga RM339 selepas diskaun meskipun harga asalnya RM399.

Ia lengkap RAM 2GB dan ROM 16GB (sedia dengan slot kad microSd), prosesor Snapdragon 425 dan skrin 5 inci.

Apa komen anda?