Xiaomi Black Shark, saingan baru Razer Phone

Share Button

Xiaomi menyaingi Razer dalam pengeluaran fon game apabila sah melancarkan model Black Shark dibangunkan bersama syarikat game, Black Shark.

Xiaomi Black Shark mempunyai saiz skrin 6-inci, 2.5D, paparan beresolusi 2160 x 1080, set cip Snapdragon 845 dengan GPU Adreno 630, RAM hingga 8GB dan storan hingga 128GB.

Ia datang dengan dwi kamera 12MP + 20MP format apertur f/1.75 aperture dan lensa 6P ditambah dwi tona LED Flash. Fokus auto, rakaman 4K, HDR, dan Portrait Mode turut ada dalam Xiaomi Black Shark.

Manakala kamera depan pula 20MP dengan apertur f/2.2 serta lensa 5P.

Terdapat pengimbas cap jari di belakang, Xiaomi Black Shark mempunyai kapasiti bateri 4,000mAh dengan Qualcomm Quick Charge 3.0 dan USB Type-C.

Ia beroperasi pada Android 8.1 Oreo.

Menariknya terdapat gamepad “plug-and-play” yang boleh digunakan sebelah saja untuk fon berbateri 340mAh mampu tahan 30 jam game sekali cas disambungkan ke fon dengan bluetooth.

Xiaomi Black Shark berharga kira-kira RM2,300 dan ia turut bakal diperkenalkan di Malaysia bulan depan.

Apa komen anda?