Unifi tawar Wireless Broadband 60GB, berapa harganya?

Share Button

TM memperkenalkan unifi Wireless Broadband yang membolehkan anda mendapatkan 60GB data internet.

Pada harga RM83.74 sebulan, ia boleh diperoleh secara eksklusif menerusi ‘Skuad Sempurna unifi’.

Langganan termasuk peranti router tanpa wayar dengan hanya RM599 (harga biasa: RM1,099), jadi anda akan memiliki peranti tersebut dan membawanya bersama apabila anda berpindah lokasi.

Terhad kepada tiga unit untuk setiap pelanggan, peranti ini didatangkan bersama jaminan selama 12 bulan. Oleh kerana tiada ikatan kontrak dikenakan, maka tiada sebarang penalti dan pengembalian yang merumitkan.

Ia sesuai kepada pengguna yang sering menggunakan data dalam jumlah yang tinggi, sekiranya data 60GB tidak mencukupi untuk anda, jangan risau, anda boleh membeli data tambahan menerusi aplikasi unifi mobile care atau menerusi online di https://mobile.unifi.com.my/ untuk menikmati 20GB hanya pada harga RM40 dan boleh dipakai sehingga 90 hari!

Nantikan ‘Skuad Sempurna unifi’ TM datang ke kawasan kejiranan anda tidak lama lagi untuk #pasangsekarang (#installnow). Mereka akan menawarkan perkhidmatan bersama peranti tersebut kepada anda; barangan cenderahati menarik juga mungkin akan menjadi milik anda yang bertuah!

Unifi Wireless Broadband disasarkan kepada seorang profesional muda yang sentiasa beralih dari satu lokasi ke lokasi yang lain atau anda masih mencari rumah yang sesuai untuk dijadikan kediaman tetap anda.

Dengan cara melanggan yang mudah tanpa kontrak, unifi Wireless Broadband hanya perlu dicucuk untuk digunakan (plug and play), tanpa wayar, dan tidak memerlukan sebarang pemecahan pada dinding serta tiada pemasangan diperlukan. Menampung sehingga 64 peranti, perkhidmatan terbaharu ini membolehkan para penghuni yang ramai dalam sesebuah kediaman menikmatinya tanpa kerisauan.

Apa komen anda?