U Mobile tawar talian kedua 50%

Share Button

Ia hanya untuk takkan kedua saja. Itu lah yang ada dalam promosi terkini U Mobile HERO+HERO membolehkan pelanggan pascabayar HERO P70, P98 Unlimited HERO P78, P79 dan P99 untuk memohon talian HERO ke-2 pada kadar potongan 50%. Talian HERO yang layak dipohon untuk menikmati promosi potongan 50% itu adalah P48, P68, P79 dan P99. Dengan promosi baharu ini, pelanggan boleh melanggan talian ke-2 pada kadar serendah RM24 sebulan bagi tempoh selama dua belas bulan.

Contohnya, jika anda telah pun melanggan pelan pascabayar Unlimited HERO P79 dan ingin memohon HERO P48 sebagai talian kedua, anda hanya perlu membayar RM24 dan RM103 bagi kedua-dua talian.  Bermakna, anda jimat RM288 setahun.

Tambahan kepada promosi ini, mana-mana pelanggan promosi HERO+HERO yang layak turut berpeluang melanggan GOLIFE secara percuma selama 3 bulan. GOLIFE 10 adalah produk insurans mikro hayat yang pertama syarikat telco ini. Pelanggan yang layak melanggan GOLIFE 10 akan dihubungi melalui SMS bagi membolehkan mereka melanggan insurans hayat mikro ini.

Promosi pascabayar HERO+HERO kini boleh dilanggan mulai sekarang hingga 31 Julai 2018 di semua kedai cawangan U Mobile seluruh negara.
Carta Harga Talian Kedua HERO+HERO

Pelan Pascabayar HERO

 

Harga Asal

RM48

RM68

RM79

RM99

Harga Promosi HERO+HERO

RM24

RM34

RM39.50

RM49.50

Apa komen anda?