[TIP] Cara dapatkan kesan bokeh pada Huawei P20

Share Button

Selepas pelancaran Huawei P20 dan P2o Pro, berpusu-pusu pengguna mendapatkannya. Tahniah kepada yang sudah membeli.

Sam yang sempat menggunakan Huawei P20 dan P20 Pro ternyata kagum dengan kamera yang memang best!

Namun ada sedikit perbezaan. Bagi pengguna P20, anda mungkin tidak akan melihat kesan bokeh apabila membuka kamera namun jangan risau kerana sebenarnya fungsi itu memang ada dan bukannya hilang.

Apa yang anda perlu lakukan hanya buka aplikasi kamera dan lihat pada ikon ‘Potrait’. Kemudian terdapat empat segi dengan bentuk bulat di tepi kiri bawah (berada di atas perkataan Aperture). Itulah yang menghasilkan bokeh.

Apa yang perlu anda pastikan hanya klik dan jika ikon empat segi tersebut bertukar menjadi warna oren, sah fungsi bokeh tersedia.

Sama ada kamera depan atau belakang, cara sama boleh digunapakai.

Apa komen anda?