Tiada lagi sistem projektor dalam GSC, semuanya 4K hasil kerjasama Samsung

Share Button

GSC sah bekerjasama dengan Samsung menukar layar wayang yang sebelum ini menggunakan projektor.

Teknologi baru dibawakan Samsung membolehkan model Samsung Cinema LED dibawa masuk ke Malaysia yang direka pada teater High Dynamic Range (HDR).

Projektor pertama selesai dipasang pada GSC Mid Valley yang akan diperkenal tidak lama lagi menjelang filem terbaru The Avengers.

Teater LED digabungkan bersama sistem audio hebat JBL daripada HARMAN Professional Solutions dan Samsung Audio Lab.

Samsung Cinema LED mempunyai saiz lebar 10.3 meter dengan tahan was kecerahan mengagumkan tanpa sebarang bintik pada visual.

Kandungan tersedia pada resolusi ultra sharp 4K (4,096 x 2,160) dengan kecerahan pada 146fL di mana ia 10 kali lebih baik berbanding teknologi projektor yang ada dalam wayang di Malaysia.

GSC akan memasang Samsung Cinema LED di teater Mid Valley terpilih menjelang akhir tahun ini.

Apa komen anda?