Tak boleh guna dron

Share Button

Rakyat dilarang menggunakan dron dan paraglider ketika penamaan calon esok.

Ia ditegaskan Datuk Seri Zulkifli Abdullah yang juga Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Kenteraman Awam Bukit Aman. Beliau berkata tindakan akan dikenakan l.

“Penggunaan dron dan paraglider ketika proses penamaan calon adalah dilarang di semua pusat penamaan calon di seluruh negara.” Katanya.

“Pasukan Gerakan Udara PDRM akan mengawal keselamatan di udara dan sekiranya mana-mana rakyat mahu menggunakan, mereka diminta membuat permohonan menerusi Jabatan Penerbangan Awam.”

Penamaan calon akan berlangsung esok di seluruh negara dan rakyat akan mengundi pada 9 Mei 2018.

Apa komen anda?