Siapa tawar LTE paling laju antara 6 telco ini?

Share Button

Sudah lama sejak LTE diperkenalkan di Malaysia, banyak syarikat telekomunikasi mendongak ke langit mengatakan mereka benar-benar penyedia rangkaian tersebut yang menghasilkan internet pantas.

Data bebas ditunjukkan. OpenSignal yang mengkaji syarikat telekomunikasi di Malaysia mengatakan lima syarikat sudah melepasi peringkat penyediaan isyarat 4G dari Disember 2017 hingga Februari 2018.

Ia lebih baik berbanding dua saja tahun lepas.

Enam syarikat yang dipantau termasuk Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Unifi Mobile dan YES berdasarkan analisis 1.2 bilion data daripada 100,000 pengguna.

YES berada di kedudukan tertinggi dengan kadar isyarat LTE apabila mencatatkan peratusan 92.5% menewaskan Maxis di tangga kedua (82%) dan Celcom (81%) di tempat ketiga.

Manakala tiga lagi syarikat mencatatkan peratusan antara 70% dan 80%.

U Mobile paling teruk pada kedudukan terakhir yang mencatatkan peratusan bawah 64%.

Maxis memenangi anugerah kategori kelajuan 4G dengan purata kelajuan muat turun 20Mbps iaitu 4Mbps berbanding Celcom.

Manakala YES di tempat ketiga dengan 15.7Mbps.

Kelajuan ditawarkan:
Celcom: 16.2Mbps
Digi: 14Mbps
Maxis: 25Mbps
U Mobile: 10Mbps
Unifi Mobile: 7Mbps
YES: 16Mbps

Apa komen anda?