Siapa mahu Oppo F7 ‘free’?

Share Button

Peluang memenangi sebuah telefon Oppo F7 yang dilancarkan esok. Bagaimana caranya?

Apa yang perlu dilakukan hanyalah kongsi siaran langsung fon tersebut yang disiarkan di laman YouTube dan Facebook rasmi Oppo (seperti di gambar).

Oppo F7 adalah sebuah lagi model telefon yang mempunyai rekaan ‘notch’ di bahagian atas ini.

Fon Oppo F7 mempunyai kamera swafoto 25 megapiksel dengan High Dynamic Range (HDR) yang menawarkan tahap kecerahan terbaik ketika berswafoto tanpa mengira keadaan persekitaran terang atau gelap ketika itu.

Oppo F7 mempunyai teknologi AI Beauty 2.0 yang hanya didapati pada produk Oppo dengan mengesan lebih 290 poin pada wajah anda sebelum menjadikannya lebih cantik ketika berswafoto.

Oppo F7 akan mempunyai skrin besar 6.2 inci FHD+ dengan resolusi 2280 x 1080 piksel dan keupayaan sticker atau pelekat AR yang menukar wajah anda ke wajah haiwan yang comel atau bintang selebriti.
Sudah pasti, Oppo F7 boleh dibuka dengan mengesan wajah anda pada kelajuan 0.08 saat saja.

Apa komen anda?