Samsung jual Galaxy J2 Pro ke pasaran Malaysia

Share Button

Samsung mengeluarkan fon baru, Galaxy J2 Pro pada harga murah dengan keupayaan memasang dua aplikasi mesej serentak.

Galaxy J2 Pro dijual pada harga RM499 bermula hari ini dengan warna hitam, emas, merah jambu atau perak.

Ia mempunyai prosesor 1.4GGz Quad Core dengan saiz skrin 5 inci qHD 540 x 960

Kamera belakang beresolusi 8 megapiksel manakala kamera depan 5 megapiksel.

Samsung Galaxy J2 Pro lengkap RAM 1.5GB dengan ROM 16GB boleh pasang kad MicroSD hingga 256GB.

Dua slot kad SIM ditawarkan pada fon yang menggunakan port microUSB.

Beroperasi pada Android 7.0, Galaxy J2 Pro mempunyai bateri 2600mAh.

Apa komen anda?