Sah! Inilah harga rasmi Huawei P20, P20 Pro…memang berbaloi

Share Button

Huawei P20 sah dijual pada harga RM2,599 manakala P20 Pro pula ditawar pada harga RM3,299 bermula 6 April.

Pengguna boleh menempahnya dengan memperoleh fon telinga tanpa wayar dan kad VIP untuk memperoleh manfaat seperti Celebrity Fitness, AirAsia, Tealive dan banyak lagi.

Ia dijual dengan dua warna pilihan merah jambu, hitam dan biru.

P20 memiliki RAM 4GB dengan storan 128GB manakala P20 Pro hadir bersama RAM 6GB serta storan 128GB.

Huawei P20 mempunyai skrin 5.8 inci 2244 x 1080 piksel FHD+ yang nisbah skrinnya 18.7:9 cukup lebar untuk menonton, dua skrin kerja dan bermain game.

P20 Pro pun begitu dengan 6.1 inci jenis 2240 x 1080 piksel) OLED pada nisbah skrin 18.7:9.

Secara keseluruhannya, P20 datang dengan dwi lensa dan P20 Pro mempunyai tiga lensa beresolusi 40MP sensor RGB, 20MP sensor monokrom dan 8MP sensor telefoto.

Apa komen anda?