Perodua perkenal gajet khas ‘check’ angin tayar

Share Button

Perodua memperkenalkan sistem pemantau tekanan tayar atau TPMS yang dinamakan GearUP Smart Bluetooth bagi mengesan tahap angin dan keadaan tayar kenderaan secara masa sebenar.

Ia boleh diakses menggunakan bluetooth dengan memasangnya pada keempat-empat tayar diskru bersama valve. Ia kemudian akan menyalurkan maklmuat ke peranti pintar dalam kereta menggunakan peranti dalam kenderaan (in car machine) .

Terdapat empat warna yang mewakili empat tayar tersebut. Jika tekanan angin pada tayar jatuh di bawah 8% pada angka yang sepatutnya, bunyi beep akan diaktifkan pada peranti dalam kenderaan (in car machine) memberi amaran kepada pemandu.

Selain itu, pengguna juga boleh memuat turun aplikasi FOBO Tire untuk iOS dan Android bagi mendapatkan data masa sebenar keadaan tekanan tayar.

Ia sudah mula dijual pada harga promosi RM385 sehingga 30 Jun. Selepas tarikh tersebut, ia akan dijual pada harga RM430.

Apa komen anda?