Panggilan tak tersekat dengan Huawei Nova 2 lite

Share Button

Tahukah anda, bercakap dengan orang tersayang, misalnya awek lebih jelas tanpa tersekat dengan Huawei Nova 2 lite.

Ia kerana Huawei Nova 2 lite sebenarnya lengkap dengan sokongan VoLTE dan VoWiFi. Nampak sangat teknikal tapi jangan risau kerana anda tak perlu sentuh apa-apa kerana ia secara automatik memastikan isyarat telefon kekal pada tahap maksimum sama ada dalam bangunan atau di luar.

Tiada lagi fon lain yang mempunyai keupayaan VoLTE dan VoWiFi yang mampu ditawarkan pada harga murah seperti Nova 2 lite.

Sebab itu, kalau anda gunakan Nova 2 lite, anda boleh menerima atau membuat panggilan tanpa tersekat malah ia juga panggilan jenis HD.

Antara syarikat telekomunikasi yang mempunyai keupayaan VoLTE dan VoWiFi ini termasuk:

 

VoLTE Digi, U Mobile, Unifi and Yes 4G
VoWiFi Digi and U Mobile

Bill Liu, Pengarah Negara HUAWEI Malaysia berkata, “Kami memperkenalkan VoLTE dan VoWiFi kali pertama pada Huawei Mate 10 tapi sekarang dengan Nova 2 lite yang berharga murah (RM799 saja), anda mendapat teknologi sama.

Apa komen anda?