Oppo F7, satu lagi ‘iPhone X’ masuk Malaysia

Share Button

Oppo F7 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan CPU a Mediatek Helio P60 10 Core yang bagus untuk game.

Ia dikuasakan storan 64GB, RAM 4GB.

Juga disediakan versi khas storan 128GB.

Pada saiz skrin 6.23-inci LTPS IPS LCD (1080 x 2280 piksel, 405 ppi) is menawarkan paparan 19:9.

Kamera belakang pula 16MP manakala kamera depan 25MP dengan kamera AI.

Oppo F7 mempunyai kapasiti bateri 3400 mAh pada kenipisan 7.8mm.

Ia beroperasi pada Android 8.1 (Oreo) dengan ColorOS 5.0.

Anda boleh menggunakan Face Unlock, pengimbas cap jari dan kata laluan.

Pra tempahan bermula 16 April hingga 20 April 2018 dan akan menerima hadiah bernilai RM299.

Oppo F7 disediakan pada warna hitam, merah dan perak.

Versi 128GB juga akan dipasarkan bersama.

Harga ditawarkan:

Oppo F7: RM1,399 (4GB+64GB),  RM1,698 (6GB+128GB warna merah dan hitam saja)

 

Apa komen anda?