Nokia 1, Android Go pertama harga murahhhh

Share Button

Nokia pertama dengan Android 8.1 (Go) mula dijual 16 April ini pada harga RM339 saja.

Dinamakan Nokia 1, ia mempunyai skrin 4.5-inci FWVGA (480×854 piksel) IPS dengan kemudahan dua slot kad SIM keduanya format nano.

Nokia 1 beroperasi pada 1.1GHz quad-core MediaTek MT6737M dan RAM pula hanya 1GB.

Ia mempunyai kamera 5 megapiksel belakang manakala kamera depan pula 2 megapiksel.

Untuk storan, Nokia 1 mempunyai 8GB dengan slot kad microsd hingga 128GB.

Untuk data dan panggilan ia mempunyai 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 b/g/n, Bluetooth v4.2, GPS/ A-GPS, FM radio, Micro-USB dan jek 3.5mm.

Nokia 1 berbateri 2150mAh.

Apa komen anda?