Neelofa kekal duta Oppo, tampil pada F7

Share Button

Neelofa kekal menjadi duta Oppo dengan model terbaru, F7.

Beliau sebelum ini tampil pertama kali sebagai duta model fon F5.

Manakala seorang lagi selebriti, Hebe Tien menjadi duta kedua bagi F7.

Oppo bakal memperkenalkan Oppo F7, sebuah lagi model telefon yang mempunyai rekaan ‘notch’ di bahagian atas bulan ini.

Fon Oppo F7 mempunyai kamera swafoto 25 megapiksel dengan High Dynamic Range (HDR) yang menawarkan tahap kecerahan terbaik ketika berswafoto tanpa mengira keadaan persekitaran terang atau gelap ketika itu.

Dijangka dijual pada harga RM1,898, Oppo F7 mempunyai teknologi AI Beauty 2.0 yang hanya didapati pada produk Oppo dengan mengesan lebih 290 poin pada wajah anda sebelum menjadikannya lebih cantik ketika berswafoto.

Oppo F7 akan mempunyai skrin besar 6.2 inci FHD+ dengan resolusi 2280 x 1080 piksel dan keupayaan sticker atau pelekat AR yang menukar wajah anda ke wajah haiwan yang comel atau bintang selebriti.

Sudah pasti, Oppo F7 boleh dibuka dengan mengesan wajah anda pada kelajuan 0.08 saat saja.

Apa komen anda?