Media sosial Bantu rakyat pulang mengundi

Share Button

Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan tarikh mengundi pertengahan minggu menyebabkan ramai mengeluh.

Kos pengangkutan memberi halangan apabila peningkatan kos sara menyukarkan keadaan.

Media sosial mula memperlihatkan platform terbaik sebagai crowdfunding apabila inisiatif netizen melancarkan hashtag #PulangMengundi dan #CarPoolGE14 malah akaun khas @carpoolge14 yang mula trending di media sosial terutamanya di laman Twitter.

Tujuannya hanya satu, melalui hashtag #PulangMengundi dan #CarPoolGE14, netizen menghulurkan bantuan kepada mereka yang berhasrat untuk mengundi tetapi mempunyai halangan untuk merancang perjalanan mereka ke rumah masing-masing.

Terdapat individu yang menghulurkan bantuan kewangan terutamanya kepada pelajar yang mempunyai masalah kewangan untuk membeli tiket bas ataupun tiket penerbangan untuk kembali ke kampung halaman.

Mereka sanggup menaja 4 hingga 5 individu lain yang mahu pulang mengundi.

Akaun @carpoolge14 pula membenarkan pengguna menyalurkan maklumat negeri yang dituju bertujuan memastikan orang lain dapat menumpang sama ke lokasi dan begitu juga sebaliknya.

Perkhidmatan ‘carpool’ juga ditawarkan untuk memudahkan perancangan perjalanan masing-masing.

Mereka yang mempunyai permintaan dan tawaran perlu menentukan tempat asal dan destinasi dituju, tarikh dan masa perjalanan, titik pertemuan dan bilangan tempat duduk yang ada.

Apa komen anda?