Mana satu nak pilih, Huawei P20 atau P20 Pro?

Share Button

Huawei tanpa ragu-ragu melancarkan model P20 dan P20 Pro di Malaysia semalam, hanya seminggu selepas ia dilancarkan di dunia pada 27 Mac lepas.

Huawei P20 dijual pada harga RM2,599 manakala P20 Pro pula berharga RM3,299. Berdasarkan perbezaan harga sebanyak RM700 tersebut, mana satu yang perlu dibeli? Apa bezanya P20 dan P20 Pro?

Secara ringkas, Sam menggemari P20 Pro memandangkan fungsi tiga kamera di belakangnya memang hebat. Lensa terbaru Vario-SUMMILUX dengan zum optikal 3x dan 5x bagi hibrid menjadi fungsi lensa telefoto pada kamera ketiga P20 Pro.

Secara keseluruhannya, P20 dan P20 Pro mempunyai 40GB sensor RGB, 20MP sensor monokrom dan 8MP sensor telefoto. Inilah yang Sam gemar.

Gambar terhasil lebih cantik.

P20 Pro pula beroperasi pada RAM 6GB berbanding P20 yang ada 4GB.

Manakala skrin P20 Pro pula jenis OLED berbanding P20 iaitu LCD dengan perbezaan saiz skrin 5.8 inci serta 6.1 inci.

Satu lagi yang membezakan termasuk kapasiti bateri 4000mAh pada P20 Pro dan 3400mAh pada P20.

Kalau ada duit, mahu saja Sam beli kedua-duanya. Tapi Sam cadangkan, mana-mana model P20 ini memang gajet patut beli.

Sedikit perbezaan spesifikasi yang Sam senaraikan.

HUAWEI P20 HUAWEI P20 Pro
SAIZ Lebar: 78mm

Panjang: 149.1mm

Kenipisan: 7.62mm

Lebar: 73.9mm

Tinggi: 155.0mm

Kenipisan: 7.8mm

BERAT 165g 180g
PAPARAN Saiz skrin: 5.8-inci diagonal

Resolusi: 2244 x 1080 piksel

Piksel setiap inci: 428

Jenis: LCD

Saiz skrin: 6.1-inci diagonal

Resolusi: 2240 x 1080 piksel

Piksel setiap inci: 408

Jenis: OLED

CPU HUAWEI Kirin 970 processor AI

4 x Cortex A73 [2.36GHz] + 4 x Cortex A53 [1.8GHz] +i7 co-processor

GPU Mali-G72 MP12
OS Android™ 8.1
EMOTION UI EMUI 8.1
MEMORI 128GB ROM, 4GB RAM 128GB ROM, 6GB RAM
NFC Ada
KAMERA Depan: 24MP, f/2.0 apertur, sokong jarak fokal tetap

Belakang: Dwi-lensa:

12MP (Berwarna, f/1.8 apertur)+20MP (Monokrom, f/1.6 aperture) , autofocus  (laser focus, deep focus, phase focus, contrast focus)

Depan: 24MP, f/2.0 apertur, sokong jarak fokal tetap

Belakang: Tri-lensa:

40MP (RGB, f/1.8 apertur) +20MP (Monokrom, f/1.6 apertur) + 8MP (Telefoto, f/2.4 apertur), autofocus  (laser focus, deep focus, phase focus, contrast focus)

BATERI 3400mAh 4000mAh

Apa komen anda?