Malaysia dapat 3 varian Xiaomi Mi 6X (Mi A2)

Share Button

Xiaomi bakal memperkenalkan model Mi 6X (Mi A2) yang mempunyai kamera hampir sama dengan iPhone X.

Mi 6X akan menyokong prosesor Snapdragon 660 dengan dua RAM 4GB atau 6GB bersama pelbagai varian storan iaitu 32GB/64GB/128GB.

Kamera belakang padat dengan dwi lensa 20MP + 8MP, manakala kamera depan pula didominasi resolusi 20MP selfie shooter.

Ia akan beroperasi pada MIUI 9 berasaskan Android 8.1 Oreo namun bagi pasaran Malaysia, ia akan memperoleh Android One.

Xiaomi Mi 6X (Mi A2) akan sampai bulan depan pada harga kira-kira RM1,000.

Bagi pasaran Malaysia, kombinasi ditawarkan termasuk 4GB/32GB, 6GB/64GB dan 6GB/128GB.

Ia mempunyai saiz skrin 5.99-inci full-HD (1080×2160) bersama bateri bateri 2910mAh.

Apa komen anda?