Laptop game paling mengiurkan di dunia, MSI GS65 Stealth Thin

Share Button

MSI memperkenalkan laptop game ternipis di dunia yang dipadankan dengan prosesor baru Intel i9.

Model MSI GS65 Stealth Thin juga laptop pertama di dunia dengan paparan 144Hz 7ms IPS pada bezel paparan 4.9mm saja di mana ia memperlihatkan nisbah skrin-ke-badan sehingga 82% yang hebat ketika bermain game.

Sementara bezelnya nipis, MSI masih boleh memasukkan kamera web dan turut dipasang bersama grafik GTX 1070 bersama teknologi NVIDIA Max-Q dan prosesor Intel Core i7.

Berbanding generasi laptop model sama sebelum ini, ia mempamerkan 40% lebih hebat dengan siri grafik baru dan rekaan penyejuk MSI Cooler Boost Trinity sesuai untuk bermain game untuk tempoh yang lama.

MSI GS65 Stealth Thin turut mempunyai jangka hayat bateri sehingga 8 jam dan beratnya hanya 1.8kg.

MSI GS65 Stealth Thin baru ini juga datang dengan papan kekunci RGB yang direka hasil SteelSeries. Pengguna boleh memilih setiap butang kunci dengan pencahayaan sendiri.

Spesikasi MSI GS65 Stealth Thin:

CPU: Intel 8th Gen i7- 8700H Processor + HM370

GPU: NVIDIA GeForce GTX1070 (Max-Q) GDDR5 8G / GTX1060 GDDR5 6G

Paparan: FHD 144Hz/7ms IPS-level Thin Bezel (72% NTSC)

Memori: DDR4-2400/2666(optional) SO-DIMM x2 (Max 32GB)

Storan: PCIe Gen3 x 4 SSD & SATA SSD (combo)

Slot kedua storan: PCIe Gen3 x 4 SSD

I/O: 3 x USB 3.1 Type-A 1 x Thunderbolt (Type-C USB 3.1) 1 x HDMI 2.0 1 x mDP 1.2 1 x Mic-in, Headphone-out

Apa komen anda?