Kamera paling ngam, Canon EOS M50

Share Button

Trend video-video secara langsung atau offline seperti Insta Story, Facebook Story dan banyak lagi sebenarnya lebih baik kalau terakam menggunakan kamera DSLR.

Sebab itu, produk baru Canon dengan model EOS M50 sangat padan dengan tujuan tersebut yang juga mampu merakam format 4K.

Ia model pertama untuk kamera mirrorless yang lengkap prosesor Digic 8 pada resolusi 24.1 megapiksel menggunakan APS-C CMOS.

Tanpa pencahayaan tambahan pun model ini mampu merakam dengan hebat dan menghasilkan visual terang.

Pada saiz yang begitu kompak dan ringan, fokus pada subjek anda tidak akan tersasar sekalipun bergerak pantas.

Kelajuan ISO ditawarkan daripada normal hingga 25600 dan boleh ditambah hingga ke 51200.

Canon EOS M50 mempunyai skrin 3 inci boleh sentuh dan skrinnya boleh diangkat untuk tujuan swafoto atau video blog.

Kamera EOS M50 boleh memuat naik foto atau video ke dalam laman sosial dengan memindahkannya secara langsung ke telefon menggunakan wifi, Bluetooth atau NFC.

Canon EOS M50 berharga RM2,799 (body saja), RM3,199 (dengan dengan lensa EF-M 15-45mm) dan RM4,299 (dengan dengan lensa EF-M 15-45mm + EF-M 55-200mm).

Apa komen anda?