Kaki renang, panjat gunung boleh cuba Fitbit Versa

Share Button

Fitbit melancarkan jam pintar model Versa yang disasarkan kepada semua pengguna.

Fitbit Versa yang ringan mengakses dan memantau kesihatan anda dan menawarkan solusi kepada tahap sihat yang perlu disesuaikan.

Versa mengesan degupan jantung 24/7, ciri onscreen workout, pengesan tahap tidur dan boleh dipadankan dengan Android untuk membalas mesej.

Selain itu, ia juga bertindak sebagai dompet melalui Fitbit Pay (belum diperkenalkan di Malaysia) dan mempunyai ketahanan bateri selama 4 hari.

Selain itu, ia mempunyai keupayaan kalis air sehingga mampu dibawa masuk ke dalam kolam renang.

Pada harga RM990, Fitbit Versa mempunyai beberapa sensor seperti altimeter, 3-axis, kompas digital, GPS, pengesan degupan jantung optikal dan sensor pencahayaan ambien.

Pada harga tersebut, anda akan mendapat jam warna hitam dengan kasing hitam atau warna kelabu dengan kasing kelabu.

Tali jam pula boleh dipilih berdasarkan warna.

Tempoh mengecasnya hanya satu hingga dua jam selain menggunakan sambungan bluetooth 4.0 yang mesra Android, iOS atau Windows.

Manakala versi khas pula berharga RM1,120.

Apa komen anda?