iPhone X gold bakal masuk

Share Button

Oleh Xavier Naxa

iPhone X seperti diketahui umum hanya hadir dengan dua variasi warna sahaja iaitu perak dan space grey sahaja.

Terkini beberapa keping gambar telah bocor di internet menunjukkan iPhone X sepatutnya hadir dengan warna emas.

Gambar yang kelihatan oleh FCC ini menunjukkan badan dan bingkai iPhone X disadur dengan warna emas.

Jika dilihat secara kasar, iPhone X versi emas ini sepatutnya hadir semasa pelancaran pada bulan September 2017.

Mungkin atas beberapa faktor luar jangka menyebabkan mereka hanya memperkenalkan dua variasi warna sahaja.

Apa pun, secara peribadi saya telah banyak menulis berhubung iPhone X di mana buat masa ini saya mencadangkan anda untuk menangguhkan seketika untuk membeli model ini.

iPhone X tidak keberatan jika saya katakan hanya sebuah prototype yang diuji oleh Apple.

 

Follow saya di Twitter xaviernaxa

 

Apa komen anda?